Alangkah selesanya berada di bulan syawal,apabila menahan nafsu makan sudah tidak menjadi satu kewajiban bagi sekelian muslimin.Ada yang merasakan keseronokan meninggalkan ramadhan dan ada yang bersedih. Masing-masing menurut tahap keimanan.Apa yang lebih jelas ramadhan-ramadhan yang lalu,jangan dilupakan.Rasa bersyukur seharusnya dipanjatkan kerana kita dapat berjumpa lagi di ramadhan ini dan diramadhan yang akan datang.Begitulah sunnatullahnya.Walaupun begitu, 2 Syawal yang lepas,4 orang jiran di Taiping telah kembali ke rahmatullah,salah seorangnya adalah seorang yang dikenali kerana kemesraannya.Pasrah sebagai makhluk dan hamba,tidak dapat mempercepatkan dan memperlambatkan akan sesuatu peristiwa dan kejadian melainkan dengan keizinannya.Ketika hujan lebat yang mencurah-curah beliau disemadikan dengan tenang dan sejahtera.
Sedih dan insaf bila mengenang diri,adakah telah bersedia aku akan hal yang demikian.Tidak adalah satu ilmu dan amal yang dapat menyelamatkan melainkan dengan rahmat dan kurnia-nya.........Itu adalah cerita diri.
Bagaimana keadaan kuburan ku pula,adakah bumi ini sudi menerima diri ini yang penuh dosa dan sering tenggelam dalam lautan alpa dan lupa. Lupa pada hari-hari yang mendatang dimana hari itu adalah satu hari dimana aku tidak akan kembali kerumah besar,ke keluarga besar dan kepada angan-angan besar.Hakikat kembali kepada Rabbul Izzati.Inilah cerita alam.
Berhujjah-hujjah lah diantara Aku dan Alam
No comments:
Post a Comment